Semalam, 26 Januari 2011..
genaplah 4 tahun kami melayari bahtera rumah tangga...
walau pelbagai rintangan dan dugaan yang hadir,
alhamdulillah... kami berjaya mengatasi nya bersama...
bermula kegembiraan buat kami, apabila terlafaznya
akad nikah dari suami tercinta pada
26 Januari 2007 jam 5.30 petang...
Pada 10 Mac 2007, kami dikhabarkan berita
gembira apabila aku di sah kan mengandung anak yang pertama...
Pada tnggal 09 November 2007..
kami diuji dengan dugaan yang maha hebat
iaitu kehilangan anak pertama yang sedang ditunggu2 kelahiran nya... Mungkin Allah sedang menguji kami..
sekuat dan setabah mana hati kami..
Tapi, dengan izin Allah, dapat jua kami bertahan...
dapat jua aku menahan dan menanggung derita kehilangan
yang paling besar dalam hidup ku dengan
bantuan suami dan orang2 tersayang yang sentiasa berada
di sekeliling ku....
Pada tahun 2008.. kami diuji lagi.. selama setahun 3 bulan,
kami mencuba tuk dapat kan anak... tapi tak berjaya..
macam2 klinik dan hospital pakar aku pergi
tuk dapatkan rawatan kesuburan...
tapi tetap tak berjaya... last skali, pada 8 Januari 2009,
aku ke hospital Putrajaya tuk dapatkan rawatan..
Alhamdulillah..
baru nak bermula rawatan, rupanya2 aku dah
mengandungkan Airis selama sebulan....
Amin.. Amin...
Allah makbulkan permintaan kami... dan...
pada 25 September 2009..
lahirlah seorang puteri yang memberi cahaya kegembiraan
dalam hidup kami..
seorang khalifah Allah yang kami2 tunggu2 kehadiran nya dalam
hidup berumah tangga selama 3 tahun...
sehingga ke hari ini, kami merasakan nikmat bahagia yang
tidak terhingga dan ku mohon Allah memberikan
nikmat ini hingga ke syurga nanti...
Buat suami ku tersayang...
Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 4 ayg ucapkan..
tiada kata2 yang mampu ku ucapkan, selain
TERIMA KASIH, TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH...
kerana hadir dalam hidup ini..
sebagai peneman dikala duka,
sebagai tempat bersandar dikala jatuh,
sebagai termpat bermanja dikala gembira,
dan juga terima kasih kerana
menghargai diri ini sebagai seorang isteri dan seorang ibu....
Semoga Allah panjangkan jodoh kita, dimurahkan rezeki,
dan hidup kita di rahmati Allah s.w.t..
semoga kita bahagia Selamanya...
AMIN...