Mak... ayu sayangkan mak sangat2.. kadang2 bila teringat kan mak, tetibe berjurai air mata membasahi pipi... bila teringat kan wajah mak, x sanggup rasanya berpisah jauh dengan mak...
rindunya kat mak..
IBU-IBU KITA... Mereka tidak mahukan harta, mereka tidak mahukan emas permata, dan mereka juga tidak mahukan duit kita. Apa yang mereka mahu hanya dua. Anak-anak mereka berjaya dan sentiasa mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.
Terlalu banyak kita lihat dan dengar kisah anak-anak derhaka kepada orang yang melahirkan mereka. Oh! kwn2 ku.. janganlah begitu... Hargai mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.
Aku yang punyai anak kecil...(AIRIS) Sanggup berjaga malam menidurkan anak dan betapa risaunya bila hanya seekor nyamuk cuba menghampiri... bila aku kenangkan... itu lah yang berlaku 26 tahun lalu bila aku dilahirkan. Masa kita kecil dulu, ibu kita takkan pernah terlena walau penat bagaimanapun hanya semata-mata mahu menunggu kita tidur dahulu. Bertapa besarnya pengorbanan mereka.
Aku berdoa, agar kedua-dua ibu bapa ku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga berharap, biarlah Aku yang pergi dahulu sebelum mereka. Aku tak dapat bayangkan, jika mereka dah tiada nanti, bagaimana untuk Aku teruskan hidup dengan darah mereka yang deras mengalir di dalam badan ini. Terimalah doa’ku ya Allah.
kenangan bersama arwah mak mertua pada 2007
Akhir kata, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. Terima kasih kerana sanggup bergolok-gadai membesarkan anak-anak mu sejak dari kecil sehingga berjaya. Sesungguhnya tiada apa yang dapat mengandingi kasih sayang seorang ibu walau dengan apa cara sekalipun. I Love U mak!
3 comments:
bukan senang seorang ibu mendidik anaknye...setelah jadi ibu baru tahu bagai man payahnye mendidik anak-anak...happy mother day...
sejak sya jdi ada airis..baru la saya rase mcm ne ssh sng mak sy mbesarkan sya..sedih bile terkenangkan...k.jue, dengar lagu kat blog sya ni tau..khas buat k.jue yg bergelar ibu
hai ayu... u dah kne TAG ngn i... jawab k..
Post a Comment