Monday, May 24, 2010

Gud Luck Acu Kemas!!

15 Mei 2010 Acu/ adik aku yang bongsu telah berjaya sambung pengajiannya di University Lim Kok Wing kat Cyberjaya.. Tahniah acu!! Abah, Mak, aku sefamily, Kak lang sefamily g hantar acu kat sane sabtu tu.. So, Gud Luck to Adik, blaja rajin2.. pandai2 la bawa diri bile dah berjauhan ngan mak abah.. nasib baik akk2 ko dekat je kat sini... leh gak tlog tgok2 kan..

Sunday, May 23, 2010

Sepetang di taman klcc

Weekend lepas, mcm biasa tiap2 minggu aktiviti kami sefamily akan kluar g jln2 bwk si kecik airis.. kali ni kami ke KLCC.. dh lame rasenye x kesana.. rasenye last pegi sana mase aku lum ngndungkan airis pun lagi..walupun x jauh, tapi kami akn tetap kluar tiap2 hjung minggu bwk airis jln2.. bkn ape, cuma kesiankan airis.. 5 hari duk rumah pengasuh, mengadap dinding je.. ape la salahnye kalo seminggu sekalai bwk jln2 kan? kalo time keje mmg x larat la ibu nak bwk jln2...
mula nya nk g jln2 kt taman je.. last2 ter lalu plak kat pool bdk2..airis dh jerit2 nak mandi, so terpaksala aku merendamkan die.. x lama pun, sbb hari dh senja.. so airis... lain kali kita pegi lagi k!

muke budak kecik yang kelaka...hahahha
papa bawak main gelongsor.. amboi... suke nye
ibu.. tolong bungkus kan duck ni satu! saya nak bwk blik rumah


airis ngan ibu yang semakin tembam..

sibuk nak jalan sendiri ye.. awak tu tenit lagi la airis..

hasil pengeditan yg tidak bertauliah..heheh
tengok la saya dah leh berdiri.. tp, papa kene pegang saya...aktiviti paling seronok...mandi pool....n merangkak dalam pool... nasib baik air tu x dalam airis oi..

lari...lari... papa nak amik sya... saya nak mandi lagi ni... lari... airis merangkak dalam air..

kalo angkat budak kecik ni.. ni la jdik nye... " saya nk mandi lagi ibu"
dah dah la airis... dh lencun dah tu..

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day

Buat mak tersayang.... Selamat Hari Ibu ayu ucapkan... I LUV U SOOOOOOOOOOOO MUCH...
tanpa mak, siapa lah ayu kat dunia ni... bila ayu dah ada Airis, barulah ayu tahu mcm mana rasanya kasih sayang seorang ibu yang telah mak curahkan pada ayu selama ini... maafkan ayu, jika selama 26 tahun ayu hidup didunia ini, byak kata2 atau perbuatan yang telah mengguris hati mak...
Mak... ayu sayangkan mak sangat2.. kadang2 bila teringat kan mak, tetibe berjurai air mata membasahi pipi... bila teringat kan wajah mak, x sanggup rasanya berpisah jauh dengan mak...

rindunya kat mak..

IBU-IBU KITA... Mereka tidak mahukan harta, mereka tidak mahukan emas permata, dan mereka juga tidak mahukan duit kita. Apa yang mereka mahu hanya dua. Anak-anak mereka berjaya dan sentiasa mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.

Terlalu banyak kita lihat dan dengar kisah anak-anak derhaka kepada orang yang melahirkan mereka. Oh! kwn2 ku.. janganlah begitu... Hargai mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.

Aku yang punyai anak kecil...(AIRIS) Sanggup berjaga malam menidurkan anak dan betapa risaunya bila hanya seekor nyamuk cuba menghampiri... bila aku kenangkan... itu lah yang berlaku 26 tahun lalu bila aku dilahirkan. Masa kita kecil dulu, ibu kita takkan pernah terlena walau penat bagaimanapun hanya semata-mata mahu menunggu kita tidur dahulu. Bertapa besarnya pengorbanan mereka.

Aku berdoa, agar kedua-dua ibu bapa ku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga berharap, biarlah Aku yang pergi dahulu sebelum mereka. Aku tak dapat bayangkan, jika mereka dah tiada nanti, bagaimana untuk Aku teruskan hidup dengan darah mereka yang deras mengalir di dalam badan ini. Terimalah doa’ku ya Allah.

kenangan bersama arwah mak mertua pada 2007

Akhir kata, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. Terima kasih kerana sanggup bergolok-gadai membesarkan anak-anak mu sejak dari kecil sehingga berjaya. Sesungguhnya tiada apa yang dapat mengandingi kasih sayang seorang ibu walau dengan apa cara sekalipun. I Love U mak!

Tuesday, May 4, 2010

Happy 7 Month's Birthday Airis..


  • Eh! sekelip mate je airis dah tujuh bulan.. dah semakin manja, semakin pnjng akal n pandai plak nak memilih org skang ni ye...
  • Berat terkini 7.1 Kg.. turun 300 gram dr bulan lepas.. adoi.. nape ni airis..airis dah notti skit eh? bak kate papa..

  • Diapers still size M...
  • semakin kuat menjerit.. kalo org amik barang yang dipegang, msti menagis sekuat ati..

  • dah pandai nak berdiri sendiri.. tpi msih tak tau merangkak...

  • kalo nak tido msti carik ibu...

  • belum tumbuh gigi lagi..
  • 20/4/2010 : airis pandai tepuk bile papa ngn ibu nyanyi lagu " pok amai- amai belalang kupu-kupu..pok airis pandai ibu upah susu" ...hehehe... comey je airis tepok tgan..

  • 30/04/2010 : hehehe...airis dh pandai joget... tapi goyang2 badan n kepala mcm india joget je dh ibu tgok kamu ni airis.. asal dgr lagu je kamu joget.. kekadang, celik mate je pagi2 dh goyang kepala...airis...airis...
  • kalau airis xnak sesuatu, die dh pandai geleng kepala... NO. NO.NO...

ni muke nakal budak umur 7 bulan...sangat2 notti.. ni tgah buat no, no, no

kecik2 dh pandai nk main laptop ibu..kang ibu x bagi, jerit kuat2...

alahai airis...cepat tul mase berlalu kan.. cepat btul airis membesar... semoga airis menjadi anak yang mendengar kata dan bijak...Amin...


Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers