Thursday, December 1, 2011

MAMA.. JANGANLAH MENANGIS...


Salam...

Aku sangat2 terkejut.. terkedu bile tgok  gambar kat atas ni adalah kawan aku  ketika sama2 berkhidmat di JPA dulu.. sama2 kursus induksi, sama2 bergelak ketawa...amat tak sangka anak kecil yang sedang menderita sakit barah darah tu adalah aqil, anak tunggal kesayangannya.. Menitis air mata bile baca wall FB NOR ELLYZA MD ZUKI malam tadi..  semoga elly dan suami tabah menghadapi ujian dari Allah.. Semoga Aqil sembuh sperti kanak2 lain.. Amin..
Hulurkan sumbangan melalui akaun Maybank Nor Elyza Ahmad Zuki di nombor 166010019941 atau menghubunginya di talian 012-6475040.
semoga sedikit sebanyak sumbangan kita dapat meringankan penderitaan yang ditanggung ..


Sumber Harian Metro.

KUALA LUMPUR: “Mama janganlah menangis, Aqil kuatlah,” kata kanak-kanak penghidap kanser darah, Mohd Aqil Hafiy Hazley, 4, kepada ibunya, Nor Elyza Ahmad Zuki, 28, setiap kali melihat air mata wanita itu berlinangan.
Namun, hati ibu mana tidak sedih melihat penderitaan anak tunggal kesayangan menanggung penyakit Burkitt's Lymphoma, tambahan wang simpanan tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan rawatan kemoterapi yang perlu dijalani tinggal empat hari lagi.


Nor Elyza, Pembantu Tadbir di sektor awam dan suaminya, Hazley Ishak, 38, buntu memikirkan jalan mendapatkan bantuan kewangan RM20,000, apatah lagi sebuah pusat perubatan awam meminta wang pendahuluan RM10,000 hari ini sebelum pembedahan dijalankan.
“Kami terkejut bila pihak hospital minta kami bayar RM10,000 esok (hari ini). Mana nak dapat duit sebanyak itu dalam masa terdekat ini. Mujur mereka memberi masa dalam seminggu lagi walaupun pembedahan tetap diteruskan,” katanya.


Mohd Aqil yang normal sewaktu dilahirkan dikesan menghidap penyakit itu 13 Jun lalu selepas demam tiga minggu, malangnya, penyakit itu sudah mencapai tahap keempat.


Menurut Nor Elyza, anak lelakinya itu sudah menjalani rawatan kemoterapi pertama sebanyak enam peringkat yang menelan belanja RM10,000.
Tetapi, dia tidak menyangka, selepas rawatan itu, penyakit Mohd Aqil semakin parah sejak Oktober lalu, ditambah pula ada ketumbuhan yang semakin membesar di pipi anaknya itu membuatkan Mohd Aqil sukar tidur.


Nor Elyza dan suami berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan supaya anak kesayangan mereka kembali tersenyum dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.


Orang ramai yang ingin menderma boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank Nor Elyza Ahmad Zuki di nombor 166010019941 atau menghubunginya di talian 012-6475040.

4 comments:

anie said...

siannye..dulu dia budak pencen ke ayu

Imaan09 said...

tumpang simpati.. peringatan utk kita y punya anak y masih sihat, amik laa insuran.. insyaALLAH, bantuan duniawi utk saat xtejangka..

Jue said...

kesiannya..budak jpa ke ayu ..bahagian mana

Ayu Ayunie said...

salam kenal. blogwalking sini. sedihnya bila baca kisah ni. JPA ke? sy ex JPA. :)

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers