DIRIWAYATKAN daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."
Sumber: e-Hadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sumber: e-Hadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
3 comments:
ku syukuri nikmat yg telah Engkau kurniakan kpd kami ya Allah, amin..
rina selalu berdoa supaya kandungan ini sentiasa terpelihara & selamat selepas di lahirkan nnti..
amin....ni la kurniaan tuhan yg paling bernilai...
Alhamdulillah, kerana kita semua ditakdirkan sebagai umat Islam...semoga kita dapat menjaga anak2 sebaik mungkin dengan iman penuh di dada, amin
Post a Comment