kisah di hari pertama tinggalkan airis dengan papa.. ibu pergi kerja ye syg... ibu sentiasa rindukan papa n airis..
Hari ini, usia saya baru 7 minggu. Tiba-tiba saya rasa ada kelainan. Mulut saya disumbat dengan satu bende asing. Eh! Ini bukan puting ibu.. Eeee..tak naklah! Puihhh!! Tak sedapnya rasa dia. Tapi.. kejap.. rasa macam ada susu ibu..tapi ibu di mana? Terdengar suara papa
memujuk, "Minumlah airis, nanti airis lapar". Apa kena mengena benda asing tu dengan minum susu. Kenapa saya kena minum susu dengan benda tu tak sedaplah. Huaaaa!!! Saya menangis sekuat hati.
Besok pagi, sekali lagi papa pegang saya. Tapi kali ini saya dah lapar. Emm!! Macamana nak buat ni? Ibu tak ambil saya pun! Oo oo! Mulut saya disumbat lagi dengan benda asing tu. Saya cuba jilat. Ehh! Ada susu ibulah kat benda ni. Macamana nak minum banyak lagi ye.. Hisap jelah, macam hisap puting ibu. Tapi bende nie keras sikitlah. Isy! Tak maulah minum dengan bende keras nie. Huaaaa!!ibu.. nak ibu!!
Hari ketiga, saya sudah boleh minum susu ibu dengan botol waktu pagi. Tapi nampaknya kali ini, papa aja yang peluk dan bermain dengan saya. Mana ibu ni? Lepas beberapa lama, perut saya pun dah lapar semula. Sekali lagi papa suapkan saya dengan botol. Eh! Ini dah dua kali ni. Tak pelah, minum jelah! Dah tengahari barulah ibu ada. ibu pergi manalah agaknya. Rindunya saya!
Selepas tu setiap hari, sedikit demi sedikit waktu saya menyusu dengan ibu dah digantikan dengan botol. Tapi saya dah tak kisah, asalkan yang saya dapat minum tu, susu ibu.. Rasanya pun tak berapa berbeza. Cuma yang herannya macamana susu ibu boleh ada di dalam botol.
Satu hari, nampak ibu awal-awal pagi lagi dah bersiap cantik. Seronoknya ibu nak bawa saya pergi jalan ke? ibu ambik saya dan bagi saya minum susu ibu. Sambil saya minum, saya ternampak satu benda pelik. Eh! Apa yang ibu buat tu? Nampak macam botol susu yang saya minum semalam. Tapi kenapa ada benda yang melekat dekat puting ibu sebelah lagi tu. Ooo rupa-rupanya macam tulah ibu masukkan susu ibu dalam botol. ibu tengah perah susulah tu. Saya pun buat tak kisah je. Yang penting saya dapat minum dengan ibu.
Bila saya dah kenyang, burrpp! ibu pun lepaskan puting ibu dari saya. Ahh..sedapnya! Harap-harap hari ni tak payah minum dari puting plastik tu lagi. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Nampaknya hari ini, terpaksalah saya minum lagi dengan puting plastik tu. Sehari suntuk saya duduk dengan papa di rumah. papa lah yang jaga saya, basuh berak saya, mandikan saya dan juga suapkan saya dengan puting plastik tu bila saya lapar. Bila dah lewat petang, barulah nampak ibu. Yea! Ibu dah balik! Ibu pun terus menerpa dekat saya, dan peluk cium saya.
Saya dah tak kisah lagi pasal semua tu. Yang penting sekarang ni, saya nak upah susu. ibu cepatlah! Bila ibu beri je puting ibu, saya pun terus menangkap dan... aaahh, alangkah nikmatnya dapat susu ibu!