Warning! hanya yang berani je boleh tengok pic2 kat bawah ye... =)
Alhamdulillah.. 38 minggu menanti, akhirnya lahirlah seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi yang fana ini pada
Khamis, 26 Mei 2011 jam 1.05 tghari..di Hospital Pakar An- Nur Bangi..
Lahir seorang bayi perempuan yang di beri nama
AIRIS QISYA AMANI BINTI HAFIZ..
yang bermaksud
AIRIS - Sejenis Bunga
QISYA - Hidup Dalam Keadaan Baik
AMANI - Cita2, Ketenanganku, Kesejahteraanku
Kelahiran ketiga dalam keluarga kami.. hmm.. maksudnya, anak kami dah 3 orang.. tapi, itu kalau
'ARWAH ABANG NYA' ( MUHAMMAD HADIF NAUFAL BIN HAFIZ ) masih ada..
Kelahiran secara induce atas nasihat dr. Khamsiah Muda.. Kelahiran adalah secara normal..Alhamdulillah.. teramat mudah melahirkan puteri kami yang ketiga ni.. Berbekalkan pengalaman yang ada, aku dpat mengatasi dengan tenang segala kesulitan yang timbul... Syukur..
Tiada ape yang menggembirakan hati ini, selain dapat melihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan lahir ke dunia..
jom kita bekongsi pengalaman... sesiape yang berani sahaja leh tgok pic kat bawah ye..
kepala saya baru nak keluar... kesian ibu.. mase ni mesti ibu tengah sakit kuat kan?..sabar ye ibu.. sesungguhnya kesakitan melahirkan anak kedunia itu adalah penghapus dosa2 kecil...
Assalamualaikum ibu... terima kasih kerana melahirkan saya ke dunia..
tak dapat dibayangkan mcam mane kesakitan yang ibu alami waktu ni.. Insyaallah ibu, sya akan jadi anak yang baik..
inilah wajah saya.. setelah 9 bulan hidup di dalam rahim ibu, akhirnya sya hadir menjengah dunia.. melihat wjah papa.. ibu.. dan kakak... dan melihat semua wajah2 orng yang sayangkan sya...Semoga kehadiran saya di dunia ini tidak mengundang kebencian kepada sesiapa..
terima kasih dr. Khamsiah Muda kerana menyambut kelahiran saya...
inilah saya... saya lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih umpama kain putih.. doakan saya menjadi anak yang baik didunia dan akhirat..